Sajak : Dambaan seorang insan adalah seorang insan.

Monday, September 5, 2011

Salam,

Seandainya boleh
aku dambakan seorang teman
yang sentiasa membisikkan perihal kehidupan
kerana dia sentiasa mempelajari
asam garam cerita melalui pandangan matanya
tak pernah dia membiarkan pergi
tanpa kesan berbekas di hati

Sekiranya boleh,
aku dambakan seorang insan
yang bisa membawa aku bersiar
bukan hanya menyapa hembusan angin,
juga menyapa ilmu yang ada
agar aku dan dia mengenal
banyak perkara yang bisa dilakukan
dimana sahaja kaki ini berjalan.

Inilah yang aku dambakan,
sikit tetapi penuh harapan..

Intense Debate Comments