Tiada aku selain yang ini.

Wednesday, January 18, 2012


Aku ini,
Bukan lah bisu..
Tapi mengapa
Sekat suaraku
Dibalik kalam lidah ku.

Aku ini
Bukanlah tidak berilmu
Namun kenapa
Yang buruk ku pandang jelita?
Yang baik ku ingatkan cela?

Aku ini
Miskin jiwa
Seringkali perjalanan ku ternoda
Terhadap lukanya kecewa
Terhadap parahnya rasa
Tenggelam bersama kegelapan dosa

Berilah petunjuk kepada aku ini,
Kerana tiada aku yg lebih hina selain dari yang ini;
Yang ini yg masih mendamba kemanisan di pangkal jalan.

Seperti yang telah Kau berikan,
Seperti yang telah Kau tamatkan;
Pada masa dahulu yang aku tinggalkan..
Ya Rabbul Izzati..
Selalu ingatkan aku ini akan MU.
 Kerana tiada aku yg lebih hina selain dari yang ini.

Sajak : Cintaku jatuh terlalu dalam

Sunday, October 16, 2011
Artwork by HeneChan



Cintaku padamu
tak pernah ada habisnya..

mungkin selama ini ku bisa sangkakan
diriku jatuh terlalu dalam dalam cinta padamu,
namun hakikatnya
kerana cinta yang kau tunjukkanlah
membuatkan hati ini tegar
dan bangkit setiap pagi hanya untuk bersamamu.

aku sering jatuh cinta ~ pada insan yang sama.
tiap saat, ketika dan masa.
ku berdoa..


Sajak : Lebih dari Sajak

Saturday, September 24, 2011

Kita seringkali memandang pintu yang telah tertutup untuk kita tanpa menyedari ada pintu yang lain yang menunggu kehadiran kita.



Kerna aku kuntumlah
kucari jarimu
kerna aku pantailah
kunanti tapakmu

kerana engkau kanvas
kuhulur garisku
kerana engkau jalan
kuberi langkahku

kerana aku wajahlah
kuangan bedakmu
kerana aku lalanglah
kupaut anginmu.

kerana engkau malam
ku menjelma pungguk
kerana engkau cakerawala
kusinggahi bintang-bintang.


Lim Swee Tin~SAJAK.

Quotes : Dalam hati ada seni.

Sunday, September 18, 2011


Seorang pujangga bukan hanya menyatakan bulan itu indah
bak wajah seorang gadis,
 namun dia juga,
menyampaikannya bersama kenangan yang manis..


Dalam hati ada seni.

Sajak : Langsung tiada apa-apa

Thursday, September 15, 2011
Salam,


Diam,
sesungguhnya faedahnya besar,
namun sehingga bila harus di pendam?

Makanya, itulah Allah menciptakan insan lain,
dari serata benua, dari pelbagai bangsa,
agar kita senang bersama mereka,
agar kita dapat bicara perkara yang menyesakkan dada.

Namun,
sehingga kini,
penantian kepada hamba Allah itu masih diuji..
Bukankah takdir pangkal segala usaha hambaNya?

Letakkan hatiku atas iman pada Mu.

Subhanallah,
Kau Maha Agung,

Alhamdulillah,
Kau sentiasa ada,

Allah hu Akhbar,
dekatkan hati yang terhina ini dipintu Cahya mu. Agar dapat mencari ketenangan dalam hamba yang yakin mereka hanya padaMu.

nota kaki : Kerap kali hati sesak mendengar perihal dunia yang tiada penghujungnya, apa daya kita untuk mengubah? Basahi dengan usaha dan tawakal, Allah juga yang tahu terbaik buat kita. Aku insan biasa... Langsung tiada apa-apa.



Epilog : Dalam hati ku ada alam..


Salam,

Memang tak dapat di sangsi lagi, tiap perkenalan pertama, mesti antara kita dan kenalan baru seakan-akan ada hijab diantaranya. Dalam proses menyesuaikan diri memang susah. Namun dalam itu, hendaklah kita jangan lupa akan Tuhan, Allah SWT yang berkuasa atas hamba-hambaNya. 

Setiap apa yang kita baru kenal, jangan kita terus2 tuduh melulu. Kita belum kenal lagi insan tersebut, hati budi, fikiran dan lain-lain bukannya kita dapat baca. Jangan biarkan mata yang melihat menipu niat hati yang tersirat. Setiap pergerakan diikuti dengan musabab yang tertentu. Tanggapan pertama selalunya salah? Bukan begitu?

Apapun, biarlah hati yang lemah ini dipenuhi doa yang tidak putus pada Allah, agar tenang dalam proses pertemuan dengan hamba-hambaNya. dalam kuliah agama kita sering di ingatkan janganlah takut melainkan Allah SWT, dan hati ini terlalu ingin untuk berperasaan demikian. Namun takut itu bukan kita yang kawal, masih tetap dalam urusan dan aturan Allah untuk hambaNya. Begitu juga keikhlasan, semuanya di luar kuasa kita. Berjumpa saudara baru pun tulang seakan lemah longlai, hati berdebar. Mengapakah? 

Semuanya akan terjawab dalam aturan Allah. semoga kali ini ukhuwah yang dibina itu lebih akrab atas nama Allah, yang bisa menyatukan hati hamba-hambaNya dalam segenap keadaan yang ada. InsyaAllah.

Sajak : Dambaan seorang insan adalah seorang insan.

Monday, September 5, 2011

Salam,

Seandainya boleh
aku dambakan seorang teman
yang sentiasa membisikkan perihal kehidupan
kerana dia sentiasa mempelajari
asam garam cerita melalui pandangan matanya
tak pernah dia membiarkan pergi
tanpa kesan berbekas di hati

Sekiranya boleh,
aku dambakan seorang insan
yang bisa membawa aku bersiar
bukan hanya menyapa hembusan angin,
juga menyapa ilmu yang ada
agar aku dan dia mengenal
banyak perkara yang bisa dilakukan
dimana sahaja kaki ini berjalan.

Inilah yang aku dambakan,
sikit tetapi penuh harapan..

Intense Debate Comments